baru tadi aku balik dari library awam. mm...pegi sana dalam pukul 10 pagi dan balik lak dalam pukul 2.15 petang. puas hati bile pegi library.seme keje beres...klau duk umah...huhuhu.. pape pun susah nk menjadi.banyak sangat godaan...tv, handphone, mp3 dan paling utama...laptop. huhuuhu...tu tak termasuk godaan dari katil lagi.bila nampak katil je mesti rasa nk landing..huhuhu..sebab tu ambil keputusan tiba2 nk g library. sampai sana terkejutnyer... ramai plek je manusia ari nie.rupa2nya ade program something kat situ. ramai bebudak kecik plak tu. masuk je dalam lib seperti biasa g kat counter mintak locker key. ingatkan malas gak nk simpan beg dalam locker tu tapi bila ingat pengalaman yang lalu...takut plak. dulu aku penah simpan duit lebih kurang dalam rm30 dalam beg. masa tu tak terpikir plak pape2 yang buruk. pastu mase nk kuar g mkn dengan member,sedar2 duit dah xde.kejadian nie betul2 berlaku dan meninggalkan impak yang besar..huhuhu.so,lepas nie jadikan ia sebagai iktibar di masa hadapan.kepada kawan2 yang biasa pegi lib...jangan sesekali tinggalkan barang anda yang brharga dlam beg. kalau nk tinggal jugak..guna lah locker..jangan sayangkan duit singgit anda.sesungguhnya berbaloi bayar singgit (nk amik locker key) daripada ilang barang yang anda sayangi...

lepas simpan beg dalam locker tu..aku pun naik tangga looking for place to sit.nak naik lif takut coz aku xberteman..sorng je.jadi baek naik tangga lebih selamat. ingat nk duk kat tempat biasa aku duk...tingkat dua tapi hhuhuu dah ada orng kebas..so, naik tingkat tiga.duk kat satu tempat yang disediakan untuk individu. baru je nak duduk,ada sorng gurl tegur.rupanya2 classmate aku jugak.mula2 tekejut jgk coz aku xberapa rapat sangat dengan die tapi alhamdulillah... sekurang2nya terjalin silaturrahim kat situ.

Pekilang arak Malaysia harus hormat Islam sebagai agama rasmi

minggu lepas baru je belajar tentang arak dalam syariah islamiah.pastu terjumpa plak artikel ni.hehe..terus je paste coz nk kongsi kat seme. kata ustaz,judi dan arak boleh melekakan manusia dan merupakan punca segala kejahatan...

"Setelah dunia Islam dikejutkan dengan karikatur yang menghina junjungan kita Nabi Muhammad saw yang pada mulanya disiarkan oleh akhbar dari Denmark, barulah umat Islam tercari-cari apakah tindakan yang harus diambil memandangkan akhbar berkenaan enggan meminta maaf kerana telah melukakan hati ribuan juta umat Islam di seluruh dunia. Antaranya ialah dengan mengadakan demonstrasi, menghantar surat bantahan serta memboikot produk yang berasal dari Denmark.

Tapi bagaimana umat Islam hendak memboikot sesuatu barangan yang pada hukumnya memang haram dan dikilangkan pula di negara Islam ?

Yang paling ketara ialah jenama arak Carlsberg yang berasal dari Denmark , dikilangkan di Shah Alam, Selangor serta menguasai lebih 50% pasaran arak tempatan serta diekspot pula ke negara-negara Asia lain.

Inilah masanya kerajaan Malaysia yang berpegang kepada prinsip Islam Hadhari serta menjadi Pengerusi kepada Persidangan Negara-Negara Islam OIC agar mengambil pendekatan yang realistik terhadap pekilang-pekilang arak, lebih-lebih lagi pekilang arak dari negara Denmark yang hingga ke saat ini tidak mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf kepada semua umat Islam di dunia.

Sekiranya negara barat boleh mengenakan pelbagai sekatan ekonomi serta meletakkan pelbagai syarat perdagangan untuk melindungi syarikat tempatan mereka, mengapa kita tidak dapat berbuat demikian agar pelabur-pelabur yang melabur di Malaysia terlebih dahulu menjaga sensitiviti agama Islam sebagai agama rasmi ?

Pekilang-pekilang arak yang ingin beroperasi di Malaysia haruslah dikenakan beberapa syarat antaranya ialah mereka hanya dibenarkan mengambil pekerja bukan Islam untuk bekerja di kilang atau syarikat mereka. Sekiranya pada ketika ini kita boleh mengenakan syarat seperti hanya warga Indonesia dan Filipina sahaja boleh diambil sebagai pembantu rumah, pekerja Vietnam sebagai pekerja kilang dan seterusnya, mengapa tidak diletakkan pula syarat kilang arak hanya dibenarkan mengambil pekerja bukan Islam , baik pekerja tempatan ataupun pekerja asing.

Malah bukan setakat pekerja sahaja pekilang arak mesti mengambil orang bukan Islam , malah jawatan lain termasuk pengarah syarikat , pembekal, pengedar dan peruncit juga haruslah diambil dari kalangan orang bukan Islam.

Begitu juga dengan tempat operasi kilang arak berkenaan, hendaklah ianya tidak beroperasi di kawasan penduduk yang majoritinya beragama Islam. Sekiranya hasil daripada pembangunan semasa serta kepadatan penduduk yang bertambah, maka lesen pekilang arak tidak sepatutnya diperbaharui, serta pekilang arak berkenaan harus diberi tempoh agar mereka dapat berpindah ke kawasan yang majoriti penduduknya adalah bukan Islam.

Islam begitu bertoleransi dengan penganut agama lain. Islam tidak menghalang pengikut agama lain makan apa yang mereka suka, serta minum apa yang mereka suka, asalkan pengikut agama lain menjaga sensitiviti umat Islam setempat.

Sebagai sebuah negara Islam juga , Malaysia boleh meletakkan syarat bahawa pekilang arak yang beroperasi di Malaysia ini hendaklah memastikan bahawa pengeluaran arak mereka hanyalah untuk pasaran tempatan sahaja, bukannya untuk pasaran ekspot. Adalah agak pelik Malaysia sebuah negara Islam menjadi pengeluar arak utama bagi rantau Asia Tenggara atau pun rantau Asia. Apatah lagi pekilang arak tersebut berasal dari negara Denmark, negara dimana akhbar mereka memulakan penyiaran karikatur yang menghina Nabi Muhammad saw.

huhu~

salam~

Dua hari yang lepas aku baru je abis exam tov 06. hepi betul rase. tp disebalik hepi tu, terselit gak rase terkilan coz bukan semua soklan boleh dijawab terutamanya additional math. huhu..susah tahap dewa vishnu!semua orang kter gitu..ishh.sape lah yg wak soklan tu yep! kesian lah kat kami nie...waktu exam rase macam nk giler. setiap mase duk tringat pasal soklan itu..soklan nie..pastu ati x tenang coz duk bimbang byk ngak yg blum dicover. everyday tgk buku.skarag nie abis je exam, bkn nye leh goyang kaki..keje umah+hand out kne siap kan. banyak plak tu.. so, kitorang xlah rilex sangat.ermm.. starting dis sunday we have to stay kat skul sampai kul 5 coz extra class dh mula. huhuu..xpelah, it's all for our own good jgak. lagipun.. banyak lagi mende2 yang kite perlu study kam.. tambahan plak, spm semakin hari semakin dekat. so, we have to sacrifice skit la.

talk about henset.huhu, my beloved handphone rosak. how come??huuhu...sedey tul la.tak tau camne leh rosak. nk kate jatuh tak..erm..actually hp tu okey je.cume kt skrin tu tak kuar pape. itam legam je.tp klu nk call or receive call blh jer.tu yang plek tu. member2 ckp hp tu punya kabel rosak.mayb putus or longgar. entah la..bab2 hp nie..x brp arif ngak. i asked to my uncle. die terer sket bab henset nie. die ckp klu nk repair kne sedia duit ringgit malaysia dua ratus. huhu..mane nk kebas duit banyak tu?nk amik dalam bank..huhu x sanggup!sayang!duit dalam bank hanya utk my future je.klu nk mitak dengan my parent, huh..rase kejam plak. mende2 cam nie kne gune duit sendiri.baru xmenyusahkan mak ayah kn. am i rite? hehehe..skrang nie pakai hp samsung yang lame.erm..nk wak camne kan..terpaksa. hp nie x best sngat gune..tp syukurla..tu pum mujur ade hp extra..

erm..kelmarin somebody is coming. xstudent skul shiekh gop. her name is kak shafa.she's cute n baek. tp start first time meet, die dah buli aku. waargh...tiga lawan satu..kak shafa, cik arah n umi.huhuhu... mase tu muka nie rase merah plek je. malu tahap mak yoook.huuuuhu..macam2 kne usik. mana aci 3 lawan 1.huhu...last2 bg alasan nk g mandi jak.hahahaha...benornye nk lari selamatkan diri..tak tahan nekpung. malam tu plak ade tuisyen, so,alasan nk g mandi tu diterima pakai.hik hik. kak shafa ni benornya kwan baek abg amer. skrg blajar kt uitm dungun.dengor kte dlu abg amer n kak shafa gaduh skmo. last2 jd kawan baek gop.hehehe..

erm..i wanna share something bad. my beloved one dah pegi...pegi utk selama lamanye. hati nie sedey yang amat. dari kecik sampai besar..perasaan sayang tu ade kat die.tp nk buat camne terpaksa akur dengan kehendak Ilahi. DIA maha berkuasa menentukan setiap sesuatu. seharusnya kite sebagai hamba terpaksa reda dengan ketentuanNya. mase mula2 dapat berita kematian nie...ya Allah, sedey nyer. terus je kuar dari mulut,"saper bunuh die?" die x berdosa pape pun. die pegi mendahului yang laen. banyak telah aku korbankan...mase, tenaga, duit..semuanya kerana die. tapi seme tu lasum aku x kisah. kejadian nie berlaku mase aku sampai umah dari skul. dalam kereta umah dengan nada sayu bg tau pasal pemergian die. huuhuuuhuhu...umi kte abah yang buat die mati.huuuhu.sampai kt umah, terus tny abah ape yg abah dh buat kat die. abah ckp abah xsengaja.abah xde niat pun nk buat die mati. huhuhuhu...dah terlambat. abah pun cakaplah yang die silap cuci akaurium td. letak sabun laen. pastu lepas dua tiga jam tu nampak air tu berbuih. pergerakan nya pun slow je. huhuu..die dh tenat mase tu. dalam sepuluh mnt lepas tu die pun pergi mengadap Ilahi. huhuh... reda je.sesungguhnya die tu berharga sangat. menurut kepercayaan orng cina, bela ikan flowerhorn blh mendatangkan tuah. tak tau lah betul ker tak. huhuhu...still cant believe yng ikan tu dah mati. wargh...klu dlu ramai yang mitak ikan tu.tp kitorng wak donno je.hehe..xnk kehilangan ikan comey tu.tp skrang die dh btul2 pegi..

ari nie cik arah ator trifer hok die dgn kak shafa buat. waa...best ngak. tak cukup rase. baru td kak shafa datang umah antar trifer tu terus je makan.huhu...simpan skek kat orng laen.mm...
dh asar rupenyer.. nk g solat lu. stop kt sni je lah..klu ade x de aral melintang, blh update lg.