bersantai dengan fakta~

Sesekali elok kalau kita baca mengenai fakta2 yang ringkas, padat, tapi menarik. Hati rasa seronok, banyak dapat ilmu dan fikiran pun tenang. Fakta ini farah sediakan untuk you all relakskan fikiran ….jom baca!

Tengok zip seluar anda. Eh, bukan suruh buka, tapi perhatikan ada x tulisan YKK?? Untuk pengetahuan anda,YKK bermaksud Yoshida Kogyo Kabushibibaisha, pengeluar zip terbesar di dunia.

Anda ada berapa orang anak? Betulkah semuanya itu anak anda? Pasti? Cuba selidik lagi sebab ada kajian mendapati daripada sekian banyak kelahiran di seluruh dunia, purata 12 bayi telah disalah serah kepada orang lain.

Jangan beri anjing makan coklat sebab makanan itu boleh memberi kesan buruk kepada jantung dan system sarafnya. Beberapa gram coklat saja sudah cukup untuk menamatkan riwayat haiwan tersebut.

Semua orang suka kicap, tapi 99.9 peratus daripada kita pasti terperanjat kalau diberitahu pada 1830-an, kicap dijual sebagai ubat.

Sekiranya Tom Hanks dan Nicole Kidman menerima anugerah Oscar semasa era Perang Dunia Kedua, mereka cuma akan dapat Oscar yang diperbuat daripada kayu sebab ketika itu logam sangat sukar diperolehi.

Ubat penghalau nyamuk (repellant) bukannya bertindak menghalau serangga itu, tapi macam magik, ia ‘mengghaibkan penggunanya. Semburan ubat itu menghalang pancaindera nyamuk daripada mengesan anda.

Masuk ke tandas selepas habis baca fakta ini, bawa pita pengukur dan ukur jarak berus gigi anda dengan mangkuk tandas. Kenapa? Sebabnya, pakar pergigian menasihatkan letak berus gigi sekurang-kurangnya 2 meter dari tandas bagi mengelakkan dihinggapi partikel air kotor yang tersebar semasa ia dipam. Bayangkan……eee!!

Bintang bola keranjang Michael Jordan menerima gaji AS$20 juta (RM76 juta) setahun selaku model pakaian sukan Nike. Jumlah itu melebihi gaji yang diterima oleh semua pekerja syarikat berkenaan di Malaysia.

Tip untuk lepaskan diri bila digigit buaya: Senang jer…cucuk biji matanya!

Mari belajar keajaiban matematik: Ambil kalkulator,tekan nmbor 111,111,111 darab nombor 111,111,111. Anda akan dapat jawapan 12,345,678,987,654,321.

Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah Muhammad!!

Farah bukanlah suruh korang bunuh binatang, tapi bagi membuktikan keajaiban ciptaan Tuhan, cuba ambil seekor lipas, cabut kepalanya. Serangga busuk itu boleh hidup hingga 10 hari kemudian.

Produk pertama menggunakan kod bar ialah Wrigley’s Gum. Pemilik asal syarikat asal rokok Marlboro mati kerana kanser paru-paru.

Bagitau adik-adik anda yang asyik bermain yoyo sampai tak ingat rumah, suatu masa dahulu penduduk Filipina menggunakan benda built bertali itu sebagai senjata.

Otak lebih aktif semasa tidur berbanding menonton tv. Terdapat lebih banyak ayam di dunia ini berbanding manusia dan Marilyn Monroe ada 6 jari kaki pada setiap kaki!

Kalau anda sedar, kuku jari tengah sebenarnya lebih cepat panjang berbanding jari-jari lain, manakala kuku ibu jari yang paling lambat.

Kalau anda bela itik, pergi tengok cepat! Dengar ia berbunyi…..KUEK! KUEK! KUEK! Untuk pengetahuan anda,tak seperti bunyi2 lain,bunyi itu tidak bergema. Sampai sekarang tiada siapa tau sebabnya…

Andainya kedua-dua belah tangan anda boleh menulis dan melukis serentak, anda setaraf dengan Leonardo da Vinci dan nama anda wajar dicatatkan dalam fakta2 menarik seperti ini.

Satu lagi tentang da Vinci. Betul, dia mencipta gunting tapi pelik, da Vinci mengambil masa selama 10 tahun untuk menyiapkan bibir Monalisa. Kenapa ya??

WACHAA!! Gerakan tangan dan kaki Bruce Lee semasa menumbuk serta menedang terlalu pantas hingga filem terpaksa diperlahankan supaya penonton dapat melihat pergerakan. Ini bertentangan dengan aksi pelakon sekarang yang terpaksa dilajukan untuk memberi kesan dan gerakan lebih menakjubkan.

Bukan mudah untuk mendapatkan idea kretif, kalau tidak tak mungkin Beethoven sampai terpaksa curah ais atas kepalanya sebelum mengubah muzik!!


Sekian saja fakta yang dapat dikongsi..fakta ini diperoleh dari sebuah majalah..menarik kan?Mereka yang membaca hingga ke fakta terakhir ini adalah orang yang sukakan ilmu dan gembira dengan apa yang telah dibaca. Betul tak??